My LoveChocxs

My LoveChocxs

Welcome...

Thursday, September 5, 2013

Apa Bagusnya makan COKLAT?


Assalamualaikum & Hye to ouls Chocolate Lovers...

Hari ni nak share... baik baca....ni apa yang Kevin Zahri tulis tentang COKLAT...





Ramai menyangka bahawa coklat ini tidak bagus dan menggemukkan sahaja. Itu adalah satu tuduhan tak berasas dan tidak benar. Sebenarnya, coklat mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk mereka yang ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat. Bukan sahaja dapat merawat hati yang sedang sedih dan kecewa, mari kita lihat fungsi dan kehebatan coklat yang lain.


Membantu merangsang otak

Tertekan dalam menyiapkan sesuatu kerja ataupun menduduki peperiksaan? Coklat mampu membantu anda. Bukan semata-mata membantu daripada tekanan, malah ia juga merangsang otak anda. Flavonol yang terdapat di dalam coklat akan mendorong darah untuk mengalir ke otak, sekaligus membantu otak anda lebih aktif, fokus dan meningkatkan prestasi anda dalam masa 2 hingga ke 3 jam.


Memberi kekenyangan

Oleh kerana coklat kaya dengan zat besi, ia amat sesuai untuk dijadikan snek antara waktu makan utama. Contohnya ketika waktu sebelum makan tengahari, makanlah coklat dan anda akan dapati yang anda akan kurang berselera melihat makanan yang tinggi lemak, manis dan masin apabila tiba waktu makan utama. Ia amat bagus untuk diet anda kerana ia membantu anda mengawal pemakanan.


Membantu kesihatan kulit

Kesihatan kulit bukan hanya bergantung kepada set penjagaan kulit dan krim yang banyak terdapat dalam pasaran. Pemakanan memainkan peranan penting juga. Coklat mempunyai anti oksidan yang boleh membantu mencegah kedutan. Coklat yang mengandungi flavonol yang tinggi juga mampu melembutkan dan juga melembapkan kulit di samping mengurangkan sensetiviti kulit terhadap cahaya UV.



Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com


So...enjoyla COKLAT anda...have fun with it...EAT it...