Lama sungguh tak update. Kemas kejap sarang lelabah kat blog nih...
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan berada dalam keadaan yang best-best sahaja hendaknya...
Untuk memudahkan anda semua melihat beberapa contoh coklat, maka kami rangkumkan beberapa gambar agar uols boleh dapat idea apa sebenarnya coklat yang kami hasilkan.
Apa pun, coklat kami, pasti ada untuk semua orang. Maksud kami ialah, kami sebagai pakar coklat membantu anda yang mahukan hadiah yang lain dari yang lain, luarbiasa kreatif, sesuai dengan citarasa anda dan yang paling seronok, anda boleh pilih ia mengikut bajet anda.
Bagi yang berminat untuk buat sendiri, kami juga ada menawarkan kelas "super sempoi" bagi mereka yang berminat. Kami akan mengajar anda dengan memberi tip terbaik agar anda juga boleh membuatnya sendiri. Mungkin juga ia boleh jadi pendapatan sampingan anda selepas ini. Kami menawarkan 100% PERCUMA khidmat nasihat tanpa had setelah anda mengikuti kelas kami.
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan : sila hubungi kami di: 010 253 3639...ini nombor baru kami...010 253 3639.... jangan lupa cepat-cepat masukkan dalam senarai nombor telefon penting anda...
Semoga entri ini memudahkan anda untuk melihat produk-produk kami seterusnya mendapat idea setelah melihatnya.
My Bunga
- Adalah produk paling TOP dan HOT dikalangan pembeli.
- Hadiah yang paling banyak penerima cakap " Sayang nak makan"
- Hadiah yang paling digemari kerana ianya kreatif, unik, paling mengekspresikan kasih sayang.
- Juga digemari kerana ia boleh dibeli mengikut bajet pelanggan.
- Pelanggan boleh juga memilih teks, hadiah bersama jambangan & warna tema
My Bakul
- Pilihan pelanggan yang menggemari coklat dihadiahkan bersama hadiah lain, misalnya soft toys.
- Juga digemari kerana ia boleh dibeli mengikut bajet pelanggan.
- Pelanggan boleh juga memilih teks, hadiah bersama jambangan & warna tema
My Doorgift
- Menjadi pilihan mereka yang sangat menghargai tetamu.
- Tetamu berasa lebih dihargai dan yang paling penting rasa gembira menerima doorgift indah kreatif lagi sedap.
- Juga digemari kerana ia boleh dibeli mengikut bajet pelanggan.
- Pelanggan boleh juga memilih warna tema, riben atau edible di atas doorgift
My Kotak
- Juga menjadi pilihan pembeli kerana keunikan kotak coklat yang dihasilkan.
- Si penerima gembira kerana kotak coklatnya tak ada kat kedai-kedai lain. Kira SPECIAL lah,kan?
- Apa kata hilangkan kebiasaan beli coklat import dan belajar makan coklat buatan tempatan?hehe...
- Juga digemari kerana ia boleh dibeli mengikut bajet pelanggan.
- Pelanggan boleh juga memilih teks & warna tema
My Hantaran
- Eksklusif buat pasangan yang ingin menjadikan hantaran yang lebih kreatif selain enak di makan selepas majlis .
- Juga digemari kerana ia boleh dibeli mengikut bajet pelanggan.
- Pelanggan boleh juga memilih teks, hadiah bersama hantaran & warna tema
- Amat popular di musim perayaan. Namun, selalunya mendapat feedback coklat habis sebelum hari raya. Maksudnya tak sempat nak hidang untuk tetamu tetapi telah selesai di makan oleh pembeli sendiri...hehehe...
- Boleh di dapati dari jenis premium ( ada inti istimewa ) dan jenis bajet ( kosong...tiada inti )
- Boleh juga di dapati dalam bentuk kreatif ( atas permintaan anda)
My "Sebutir-sebutir"
- Pembeli boleh juga membeli secara " loose ".
- Minimum adalah 10pcs bagi yang ambil sendiri dan 20pcs bagi yang melalui penghantaran
- Amat sesuai untuk yang ambil berat tentang kesihatan. Makan berpada-pada.
- Boleh di makan bersama keluarga semasa menonton tv, sambil melayari internet atau dibawa ke mana sahaja.
Ok...semoga gambar-gambar tadi memberi idea kepada anda semua bakal pembeli.. Bagi yang selalu menempah, terima kasih banyak-banyak, kami ucapkan..Apa pun, jangan salahkan COKLAT jika anda obesiti, rongak atau kaki anda di potong...tapi, salahkan diri anda sendri...SEBAB?... amalkanlah gaya hidup sihat, banyakkan bersenam, makanlah mengikut gizi seimbang, rajin-rajin gosok gigi dan ziarahlah doktor gigi anda 2 kali setahun bukannya bertahun-tahun...
Hingga ke temu kembali...Jaga diri...