My LoveChocxs

My LoveChocxs

Welcome...

Friday, April 25, 2014

#Kelas Asas Coklat...

Salam ouls...

Harap semua dalam keadaan sihat-sihat hendaknya...

Hari ni kami di My LoveChocxs nak sharing pasal kelas asas coklat yang kami ada tawarkan...Mungkin ada yang tertanya-tanya...apa PENTINGnya belajar BUAT COKLAT SENDIRI?...tak rugi ke kalau orang lain pun dah tahu cara-cara nak buat COKLAT ni?...

Jawapan kami mudah sahaja...ILMU yang BERMANFAAT kan BAIK jika disampaikan dan lebih BAGUS jika ia DIAMALKAN...Lagi pun...bukankah sekurang-kurangnya kami membantu anda untuk menghasilkan coklat anda sendiri untuk dibuat istimewa untuk ahli keluarga, sahabat atau mungkin juga menjadi pendapatan sampingan anda...

Selain itu, anda juga boleh menghasilkan coklat mengikut kreativiti anda setelah mengetahui CARA YANG BETUL untuk membuat coklat.  Kami menawarkan 100% PERCUMA khidmat rundingan setelah anda menghadiri kelas asas coklat kami.  Kiranya...kalau anda tak faham atau ada masalah nak menghasilkan coklat...bila-bila pun anda boleh hubungi kami semula...  Pasti kami bantu anda...

Harga kelas adalah sangat berpatutan.  Apa lagi...hubungi kami di 012 35 18 130.  Kalau segan ...text saja nama dan beritahu apa yang anda mahu..kami akan hubungi anda dengan kadar yang segera...

Ok...ni nak tunjukla peserta kursus asas coklat kami.  Amacam?...cun dan manis seperti coklat yang mereka hasilkan,kan?  Terima kasih kepada Pn Ros dari Klang dan Cik Asha dari Jln Klang Lama.  

Owh ya...anda yang sedang baca ni....bila lagi? dari buang masa tak tahu nak buat apa...apa kata santai-santai belajar hasilkan sendiri COKLAT masterpiece anda sendiri...

Sehingga bertemu kembali...

Nota ringkas dan padat disediakan PERCUMA

Peserta Kelas Asas Coklat - Pn Ros & Cik Asha

Komen peserta kelas

Komen peserta kelas

Saturday, April 12, 2014

#Coklat Owh Coklat...

Salam ouls...

Semoga semua chocoholics berada dalam keadaan yang baik-baik dan sejahtera hendaknya...Seperti biasa kami nak share beberapa lagi foto supaya anda semua dapat idea lagi... coklat apa yang My LoveChocxs ni buat?

Kepakaran kami adalah membantu anda semua di luar sana yang tercari-cari HADIAH ISTIMEWA berunsur COKLAT yang KREATIF, LUAR BIASA, LAIN DARI ORANG LAIN, RASA yang TERBUKTI SEDAP...dan membuat si PENERIMA terSANGAT GEMBIRA sampai SAYANG NAK MAKAN... Amacam?

Jangan PERCAYA apa yg kami kata... Jika anda mahukan SAMPEL PERCUMA, sila berikan nama, alamat penuh dan nombor telefon anda ke 012 35 18 130... ESOK juga kami POSKAN...kalau malu nak cakap ...taip sahaja COKLAT FREE dan beri butir-butir seperti yang kami mahukan tadi tu...SENANG,kan?

Nak BUAT SENDIRI?  Pun BOLEH... Kami juga menyediakan KELAS ASAS & Simple untuk membuat COKLAT.  Berminat? boleh sahaja CALL / TEXT di 012 35 18 130 dan beritahu kami apa yang anda ingin pelajari.

Ok...kami tinggalkan anda dengan beberapa foto sebagai idea untuk anda semua.  Bagi yang pernah menempah terima kasih kami ucapkan...Bagi yang belum..terima kasih sebab sudi singgah tengok blog ni...

Seperti biasa...JANGAN salahkan COKLAT jika anda rongak, obesiti atau apa jua masalah kesihatan...sebab..apa pun yang kita ingin makan ataupun buat...biarlah BERSEDERHANA...kannn...?

ok ok...selamat bersenam, rajin-rajin gosok gigi, jumpa doktor gigi dan amalkanlah gaya hidup sihat...Assalamualaikum dan jumpa lagi...

Jambangan Bunga Coklat istimewa Pn Ros dari Klang khas buat suaminya
Tema:   Harijadi
Warna:  Oren dan hitam
Coklat:  Coklat Gelap dengan inti istimewa My Lovechocxs
Permintaan tambahan :  Couple Bears & Love anagram dengan tulisan Happy Birthday

Coklat dalam bakul di tempah khas dari Orang Perlis Istimewa hanya untuk Maya di Menara KL
Tema:   Harijadi
Warna:   Pink dan Ungu

Coklat:  Coklat Gelap dengan inti istimewa My Lovechocxs
Permintaan tambahan :  1 cute bear, kad serta tulisan " Hepi Bsday Maya "


Jambangan bunga coklat saiz sederhana dari sahabat untuk sahabat istimewa
Tema:   Persahabatan
Warna:   Gold
Coklat:  Coklat Gelap dengan inti istimewa My Lovechocxs