My LoveChocxs

My LoveChocxs

Welcome...

Sunday, June 29, 2014

#Coklat Raya Aidilfitri 2014 / 1435H

Salam ouls...Salam Ramadhan...

Untuk makluman, bisnes kami masih beroperasi seperti biasa...012 35 18 130 ...Bisnes maintain dan sentiasa maju ke hadapan.  Kami cuma kurang masa untuk meng"update" blog / page kami...Tapi, jika ada sebarang PERTANYAAN / TEMPAHAN / SOALAN / SAMPEL PERCUMA...terus sahaja hubungi kami 09:00pagi hingga 09:00malam.  Selepas waktu itu, sila sms sahaja dan kami akan hubungi anda selepas itu.  Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama anda.

Untuk Aidilfitri yang lebih GLAMOUR dan LUAR BIASA lain...selain biskut raya, tak salah jika hidangkan buat para tetamu sesuatu yang lebih istimewa...CUBALAH COKLAT RAYA kami pula...Tentu tak rugi...HARGAnya juga turut BERPATUTAN.  Tambahan pula ia mengandungi INTI dan ADUNAN EKSKLUSIF ENAK khas buat pencinta coklat....Cuma RM 10.00 sebalang.  Terdapat 20pcs coklat dalam setiap balang.  Ada juga yang berharga RM 25.00 sebalang dan ia mempunyai 50pcs coklat.   Kami juga ada menawarkan pelbagai produk khas untuk Raya seperti hamper dan lain-lain hadiah berasas coklat...

Apa lagi fikir?...Ambil telefon, segera text / call di 012 35 18 130 ...ok2...saya kenalkan barisan KOLEKSI COKLAT RAYA AIDILFITRI 2014 ini...

My Pnut Butter
Coklat Gelap dengan inti pnut butter, kacang badam dan juga cornflakes.  Bahagian atas coklat di hiasi dengan garisan coklat putih.


My Nutella
Coklat Gelap dengan inti nutella dan juga badam hancur.  Bahagian atas coklat di hiasi dengan coklat susu.


My Coco Chex
Coklat Gelap digaul dengan Coco Chex.  Manakala bahagian atas coklat dihiasi dengan taburan gula berbentuk hati.


My Bubble Rice
Coklat Gelap digaul dengan bubble rice.  Bahagian atas coklat diletak honey star.


Ok...Sehingga ketemu lagi..selamat menjalankan ibadah puasa...semoga kita semua mendapat keberkatan & rahmatNya...Aminnn....Jaga Diri...

#Ada apa dengan Coklat?...

Salam ouls...

uishhh...maaf agak lama x update...Bisnes masih berjalan sperti biasa cuma kami agak sibuk kebelakangan ini...Apa pun... Kalau berminat nak tempah, tanya apa jua berkaitan coklat / kelas, ataupun anda mahu rasai keenakan barisan coklat-coklat kami., sila sms / hubungi kami di 012 35 18 130...

#Ada apa dengan Coklat?...owh ya...bulan lepas rasanya kecoh isu coklat yang ada unsur-unsur tidak halal..Namun lepas tu., kes dah selesai apabila dikatakan dah confirm halal semula... Apa pun di sini, saya cuma ingin memberi sedikit info kepada peminat-peminat coklat di luar sana.  Sokonglah coklat buatan tempatan kerana ia lebih terbukti kebersihan, halalnya dan juga kebaikannya.  Ini kerana kebanyakan produk coklat luar negara mereka lebih gemar mengisi kandungan coklat buatan mereka dengan inti-inti yang tidak sepatutnya di makan... ( sendiri fahamlah ya...)  Kalau anda tak percaya, anda digalakkan pergi ke laman-laman web coklat buatan luar negara dan anda akan rasa teruja apabila mengetahui ada di antara produk mereka di campur dengan bahan terlarang...Saya pesan ini untuk umat islam khususnya agar lebih berhati-hati terutama apabila membeli coklat buatan luar negara.  Ya, coklat mereka lebih enak, lebih kelas tambah-tambah lagi buatan luar negara.  Mentaliti seperti ini seharusnya diubah..apa kata sokonglah coklat buatan tempatan.  Anda adalah apa yang anda makan...Setuju?hehehe...Tak setuju tak mengapa ...

Ok...banyak menceceh...sekarang saya tunjuk beberapa lagi foto coklat yang boleh dijadikan pilihan sebagai hadiah istimewa anda...Ala...asyik bagi hadiah yang biasa-biasa je...Apa kata cuba coklat kami sebagai hadiah pula?...

Hadiah Istimewa Cinta Si Isteri Khas untuk Suami 
Tema:   Harijadi
Warna: Merah & Putih
Coklat: Coklat Gelap dengan resipi istimewa My LoveChocxs
Permintaan tambahan: Love Stick dengan text : "Happy Birthday My Lovely Husband" dan couple bear.


Hadiah Harijadi Luarbiasa Sang Kekasih
Tema:   Harijadi
Warna: Pink
Coklat:  Coklat Gelap dengan resipi istimewa My LoveChocxs
Permintaan tambahan:  Kad comel, hiasan rama-rama dan text: "Hepi Besday Hanif"


Pandangan atas - Coklat Dalam bakul

Coklat Menawan Hadiah Buat Pengantin
Tema:  Perkahwinan
Warna:  Biru
Coklat:  Coklat Gelap dengan inti istimewa My LoveChocxs

Pandangan dari atas

Coklat dalam Bakul semarak cinta khas buat pengantin
Tema:   Perkahwinan
Warna:  Merah
Coklat:  Coklat Gelap dengan resepi rahsia My LoveChocxs

Coklat untuk Si Comel
Tema:  Majlis harijadi kanak-kanak
Warna:   Bebas
Coklat:  Coklat Gelap dengan aneka perisa istimewa dari My LoveChocxs
Permintaan tambahan:  Coklat diletakkan di dalam "goodies bag" istimewa


Coklat yang telah dimasukkan ke dalam "goodies bag"

Seperti biasa...jangan salahkan coklat...apa pun yang anda makan...maka bersederhanalah...Tidak kira apa jenis makanan pun, jika ia di ambil berlebihan...ia akan menjadi tidak baik...Jadi..tolong jangan salahkan coklat jika anda obesiti, rongak, diabetis dan yang sewaktu dengannya....anda ialah apa yang anda makan...amacam?  Rajin-rajin bersenam, gosok gigi dan jangan takut jumpa doktor gigi...

Sehingga ke temu lagi...Jaga diri...Assalamualaikum...