My LoveChocxs

My LoveChocxs

Welcome...

Monday, March 3, 2014

#COKLAT #KREATIF...

Salam ouls...

Lama jugak kami tak update blog kami nih...  kami masih beroperasi seperti biasa... Kami agak kesibukan sebenarnya...tapi...demi anda semua, kami update juga beberapa foto baru buat idea untuk anda semua...

Coklat kami Coklat kreatif...Sebab tu kami sebenarnya ada banyak testimoni dari pelanggan-pelanggan kami...kalau nak tanya mereka pun, boleh saje... Kami boleh beri senarai nama dan juga no telefon pelanggan yang berpuashati dan juga telah menjadi pelanggan setia kami....

Ayat yang selalu kami dengar dari para pelanggan kami..." Cantiknya...sayang nak makan..."...ha3....Jangan begitu, yang tersayang anda jua yang menempah dari kami...  Maka, tugas & tanggungjawab kami adalah membantu memastikan hadiah yang diberi cantik, kreatif, rasa gembira bila menerimanya dan rasa coklat yang enak sehingga termimpi-mimpi setelah memakannya....

Okay...okay...kami tinggalkan anda dengan beberapa foto utk tatapan dan juga idea buat semua...owh ya...janganlah malu dan segan...jika anda mahukan sampel FREE...sila2 text / call kami di 012 35 18 130...
Tinggalkan nama, alamat dan contact number, esok juga kami poskan.  

Sehingga bertemu kembali...Jaga diri , jaga kesihatan & amalkan gaya hidup yang sihat...( macam kementerian kesihatan gitu...ha3 )...

Hantaran Istimewa Coklat dalam Bakul Semarak Cinta - Pandangan sisi
Tema  :   Perkahwinan
Warna :  Merah & putih
Coklat:  Coklat gelap dengan inti istimewa MyLoveChocxs


Coklat dalam Bakul Semarak Cinta - Pandangan atas
Terima kasih Ms Mardhiah dari Melaka atas tempahan anda

Coklat Lolichoc khas untuk Aurelia tersayang
Tema:   Majlis Harijadi
Warna : Pink
Coklat : Coklat Gelap
Permintaan tambahan:  Edible image dan tulisan " Aurelia 8th "

Coklat khas untuk Aurelia dan juga teman-teman
Terima kasih Ms Norashikin dari Negeri Sembilan atas tempahan anda

Jambangan Bunga Coklat
Tema:  Hadiah
Warna :   Biru langit dan pink
Coklat :  Coklat gelap dan inti istimewa MyLoveChocxs
Permintaan tambahan :  Couple bear

Jambangan Bunga Coklat
Kedua-dua jambangan ini di tempah oleh Ms Asha & kakaknya dari Jln Klang Lama,KL
Terima kasih dari kami untuk anda berdua.
Tema:  Hadiah
Warna :   Biru gelap dan putih
Coklat :  Coklat gelap dan inti istimewa MyLoveChocxs
Permintaan tambahan :  Couple bear


Jambangan Bunga Coklat Cinta
Terima kasih Ms Premeela dari Ampang, Selangor
Tema :   Hadiah
Warna:  Ungu dan Pink
Coklat:  Coklat gelap dengan inti MyLoveChocxs
Permintaan tambahan :  Couple bear, sekuntum ros segar warna merah, tulisan    " Luv U " dan juga sekeping kad istimewa.

Pandangan lebih jelas - Luv U di atas Coklat


No comments:

Post a Comment